suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunang pecah amanah, memandai-mandai ‘rolling’ duit kahwin! Wanita kecewa bakal suami guna simpanan bersama main forex

Kemelut kewangan dan sikap tidak jujur pasangan boleh memusnahkan perancangan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

ALAM perkahwinan memerlukan perancangan kewangan yang rapi, bukan sahaja bagi menampung kos majlis malah sebagai persediaan kehidupan selepas bergelar suami isteri.

Disebabkan itu, ramai pasangan sanggup mengikat perut dan berjimat-cermat demi memastikan wang simpanan mencukupi menjelang hari bahagia.

Namun, nasib malang menimpa seorang wanita apabila simpanan yang dikumpul bersama lesap begitu sahaja selepas tunangnya bertindak menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam pertukaran mata wang asing (forex).

Pelaburan dagangan forex boleh menyebabkan seseorang mengalami kerugian jika tidak dibendung. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, mereka sebelum ini bersetuju untuk menyimpan RM1,000 seorang setiap bulan bagi menampung kos majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada April tahun depan.

Lebih menyedihkan, dia sanggup berjimat-cermat dan mengetepikan keinginan sendiri demi memastikan sasaran simpanan mereka tercapai.

"Duit simpanan kahwin yang patut bulan ini dah sampai separuh target lesap macam itu saja. Dia nak untung cepat dan pusing modal diam-diam tanpa beritahu saya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila wang simpanan yang dikumpul bersama tunangnya lesap selepas lelaki itu menggunakannya untuk dagangan forex tanpa pengetahuannya.
  • Pasangan itu sebelum ini bersetuju menyimpan RM1,000 seorang setiap bulan bagi menampung kos majlis perkahwinan.
  • Dia hilang kepercayaan terhadap tunangnya apabila mengetahui lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk berdagang forex demi mendapatkan keuntungan dengan cepat.
  • Lebih membebankan, pasangan itu turut mempunyai komitmen rumah yang dibeli bersama dan kini masih dalam proses pembangunan.

"Hilang terus harapan nak buat majlis. Saya bagi kepercayaan dan amanah dekat dia untuk simpan duit kahwin RM1,000 seorang setiap bulan.

"Sebab nak cukupkan duit tu la saya terpaksa berkira bab makan, tak dapat shopping, dan sanggup berkorban susah sama-sama. Padahal majlis bulan April tahun depan," katanya.

Dalam masa sama, wanita itu buntu memikirkan keadaan kewangan mereka kerana turut mempunyai komitmen rumah bersama yang kini masih dalam proses pembinaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup buat pinjaman demi Forex, lelaki bukan dapat untung tapi tanggung hutang RM270,000... Gaji tinggal RM400 sebulan!

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang waras angkara forex! Isteri ‘makan’ penampar suami gara-gara kerugian, berlaku ‘drama’ rebut telefon di restoran

"Ya Allah, nak jawab apa dekat mak ayah nanti? Kalau ikutkan saya boleh saja putus hubungan, tapi kami dah terlanjur beli rumah bersama sebab rancang nak tinggal sekali lepas kahwin.

"Sekarang saya tak tahu nak buat apa. Saya cuma mampu terdiam. Nak menangis atau marah pun tak guna, duit yang penat-penat kumpul tu takkan dapat balik," ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya, selain menyifatkan tindakan tunangnya sebagai tidak bertanggungjawab serta belum bersedia menggalas peranan sebagai suami.

Malah, ramai mengingatkan bahawa kejujuran dan amanah dalam soal kewangan merupakan asas penting yang perlu ada sebelum melangkah ke fasa rumah tangga.

Artikel Lain