DEMI menjayakan watak Jai dalam filem terbaharu berjudul Takluk 2: OP Daulat, pelakon Kamal Adli memberitahu dia terpaksa melupakan seketika emosinya yang ketika itu sedang berdepan kes perceraian.Biarpun bukan satu perkara mudah, namun Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata dia tetap profesional sepanjang menjayakan penggambaran filem ini. "Saya nak sangat buat filem ini. Saya tak mahu perkara itu mengganggu emosi di lokasi penggambaran sebab dah tunggu lama untuk hasilkan.Kamal profesional ketika menjalani penggambaran. "Apabila selesai penggambaran dan tengok semula hasilnya, saya puas. Adalah sedikit kenangan saya dalam filem ini," katanya.Kamal ditemui ketika malam gaya filem berkenaan yang berlangsung di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada malam Isnin.Bukan itu sahaja, dia juga perlu berkejar ke lokasi penggambaran di Kuantan, Pahang selepas kes perceraian dengan bekas isteri iaitu aktres Uqasha Senrose selesai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli masih ‘koyak’, tak selera makan sejak bercerai...“Saya tak boleh tipu diri sendiri” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satuMalah sepanjang penggambaran itu, Kamal memberitahu dia mendapat sokongan penuh pelakon lain termasuk kru produksi."Saya tak tahu macam mana nak hadap semua orang ketika itu, tapi saya gembira sebab semua orang buat seperti tiada apa yang berlaku. Ada juga yang cakap saya tak perlu datang lokasi."Saya atasi dengan cara yang berbeza. Saya yang buat kecoh dan melawak di lokasi. Mereka sahaja yang ada dekat saya kerana masa itu tiada keluarga. Mereka sahaja yang ada dekat saya kerana masa itu tiada keluargaKAMAL ADLI PELAKON "Kadang-kadang ada juga 'terkucil' bila duduk seorang. Kalau asyik berfikir memang tak jadi, sebab itu sendiri yang buat kecoh," kongsinya.Bercakap tentang penglibatan dalam filem ini, Kamal memberitahu antara cabaran terbesar yang perlu dilalui adalah menurunkan berat badan demi watak berkenaan.Dia mengambil masa selama satu bulan mengamalkan diet selain bersenam dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram.Kamal berjaya menghidupkan watak Jai dalam Takluk 2: OP Daulat. "Saya kena diet untuk filem ini. Masa itu berat badan 96kg, saya cut sugar dan buat macam-macam. Dalam tempoh sebulan dapat berat 82kg," ujarnya.Selain Kamal, filem ini turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Datuk Remy Ishak, Fadlan Hazim, Datuk Eman Manan, Nas-T, Luqman Hafidz, Taufiq Hanafi, Anas Ridzuan dan Sara Ali.Takluk 2: OP Daulat akan memulakan tayangan pada 26 November ini.TONTON VIDEO PILIHAN!