PELAWAK Amir Raja Lawak menarik nafas lega apabila sudah dibenarkan keluar hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.Menurut Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, dia masih belum pulih sepenuhnya dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) serta sinar-X. "Alhamdulillah saya sudah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke rumah. Terima kasih pasukan perubatan yang menjaga selama dua minggu lebih. Amir sebelum ini menerima rawatan di ICU. "Saya disahkan dijangkiti Influenca B positif dan jangkitan kuman pada paru-paru. Saya perlu melakukan permeriksaan lanjut untuk CT Scan dan sinar-X. "Apa yang terjadi ini memang secara tiba-tiba asma, bila X-ray ada kuman dalam paru-paru. Benar, saya hampir ditidurkan sebenarnya, tapi ibu beritahu doktor supaya tidak tidurkan saya terlebih dahulu," katanya. Amir berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak sudah pindah wad biasa, masih sukar bernafas... “Tak tertanggung sakit ini”ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak bimbang jualan ayam goreng, masih sakit untuk promosi bisnesBerkongsi pengalaman sepanjang menerima rawatan, Amir berkata jangkitan influenza B yang dialaminya lebih mencabar berbanding ketika dia pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.Malah, dia tidak menyangka keadaan kesihatannya boleh menjadi begitu serius sehingga mengalami batuk berdarah, sesak nafas dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan oksigen."Alhamdulillah dengan kuasa Allah, saya kini dibenarkan pulang ke rumah walaupun masih belum 100 peratus sihat lagi. "Saya pernah kena Covid-19 dan diwadkan, apa yang boleh saya cakap kena influenza B ini lagi sedikit hebat ujiannya, ditambah saya pernah dijangkiti Covid-19. "Allahuakbar, tak sanggup nak bayangkan dengan kahak berdarah, tak cukup nafas, pakai mesin oksigen melekat kuat pada muka, kena cucuk lagi. Hati-hati dan beringat ya semua, terutama bekas pesakit Covid-19," ujarnya.Amir menerima rawatan jangkitan Influenza B dan kuman pada paru-paru. Pada 11 November lalu, pelakon Lando Zawawi atau Azlan Sani Zawawi memaklumkan Amir sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani rawatan susulan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.Selepas 10 hari dirawat di ICU, Amir kemudian memaklumkan dia sudah dipindahkan ke wad biasa.Bagaimanapun, ketika itu dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan tidak boleh terlalu banyak bercakap berikutan keadaannya yang belum pulih sepenuhnya.TONTON VIDEO PILIHAN!