SERING menerima kritikan mengenai perubahan fizikal, pelakon Janna Nick menegaskan netizen tidak perlu mengingatkannya tentang keadaan berat badannya kerana dia sendiri sedar akan perubahan tersebut.Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata komen negatif mengenai fizikal seseorang wanita bukan sahaja tidak membantu, malah boleh menjejaskan keyakinan diri. Katanya lagi, wanita tidak sepatutnya berasa tertekan atau hilang keyakinan untuk mengenakan pakaian yang disukai hanya kerana bimbang menerima kecaman orang lain.Janna dalam usaha kuruskan badan."Sebagai seorang wanita, apabila kita mula berasa tidak seronok untuk mengenakan pakaian, sebenarnya kita tidak memerlukan orang lain untuk mengecam kita."Orang ramai tidak perlu mengatakan, ‘gemuklah, kuruslah sedikit.’ Tidak perlu kerana kita sendiri sedar akan keadaan diri. Kita tidak berilusi."Netizen tidak perlu bersusah payah datang dan memberitahu kita gemuk," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick tumpang gembira isteri Achey hamil, Fendy Bakry kongsi amalan suami makan tembikai merah ketika isteri ‘period’ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick nekad berhenti rawatan dapatkan anak, bosan dikritik gempalJanna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai duta Program Turun KG musim kedua yang berlangsung di Hotel Le Méridien Putrajaya pada Selasa.Dalam pada itu, Janna memberitahu dia kini sedang berusaha menurunkan berat badan atas kehendak sendiri demi meningkatkan keyakinan diri.Jelasnya, usaha tersebut bukan lagi berkaitan suami atau perancangannya untuk mendapatkan zuriat, sebaliknya lebih kepada keinginan untuk berasa selesa dengan penampilan sendiri. Perjalanan TTC saya akan dihentikan buat sementara waktu.JANNA NICK PELAKON"Sekarang ini bukan lagi mengenai suami saya atau usaha mendapatkan zuriat. Sekarang ini adalah mengenai diri saya sendiri."Saya mahu melakukannya untuk diri dan keyakinan saya. Saya mahu kelihatan cantik, lebih kemas dan yakin apabila mengenakan pakaian."Saya mahu mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Segala yang saya lakukan sekarang adalah untuk diri saya, bukan untuk suami," ujarnya.Janna kini merupakan duta kepada produk Three Days.Sementara itu, Janna turut menjelaskan perjalanan ikhtiar mendapatkan zuriat atau Trying to Conceive (TTC) akan dihentikan buat sementara waktu.Menurutnya, dia juga mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat hormon bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan pengambilan produk Three Days."Perjalanan TTC saya akan dihentikan buat sementara waktu."Saya juga sudah berhenti mengambil ubat hormon kerana tidak mahu berlaku sebarang percanggahan dengan pengambilan produk Three Days," jelasnya.