suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tiada istilah terlambat cari jodoh, Hans Isaac kata usia 55 tahun masih ada harapan... Lelaki kena buang ego!

PELAKON Datuk Hans Isaac berpendapat tiada istilah terlambat dalam soal mencari pasangan hidup kerana setiap individu masih berpeluang bertemu jodoh tanpa mengira faktor usia.

Hans, 55, berkata, perkara paling penting adalah kesediaan seseorang untuk berusaha mencari pasangan selain mengetepikan ego yang boleh menjadi penghalang dalam sesebuah hubungan.

"Kalau nak cakap fasal umur, masih ada harapan walaupun umur 55 tahun ke atas. Boleh bro, tapi kita kena usaha. 

Hans bersyukur ditemukan dengan pasangan serasi.

Hans bersyukur ditemukan dengan pasangan serasi.

"Satulah nak cakap, lelaki ini ada ego. Jadi kita kena lepaskan ego itu. Kalau tetap nak kekalkan ego, saya rasa susah untuk bercinta. 

"Perempuan juga sangat complicated, walaupun saya sayang dia tapi complicated juga," katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini juga menyedari tiada manusia yang sempurna dan sikap terlalu memilih pasangan antara perkara yang boleh menyukarkan seseorang menemui jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac akan kahwin akhirnya.... Kongsi gambar jari bakal isteri bersarung cincin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hans Isaac, Francisca Luhong kahwin Jun tahun depan... Sudah bertunang di Paris

"Namun saya faham itu adalah karakter wanita kerana kadang-kadang saya pun complicated. 

"Kalau rasa nak cari pasangan yang sama sempurna, memang tidak akan jumpa. Itu masalah saya sebelum ini nak cari wanita yang macam itu, macam ini (terlalu memilih). 

"Cuma saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi respons baik terhadap berita gembira antara hubungan saya dan tunang," ujarnya. 

Dulu waktu muda saya terlalu cepat memberikan reaksi.

DATUK HANS ISAAC

PELAKON

Mengulas mengenai kematangan dalam hubungan, Hans memberitahu dia percaya pengalaman dan peningkatan usia banyak mengajarnya untuk lebih mengawal emosi serta tidak terburu-buru memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara.

"Kalau saya kahwin usia muda dulu mungkin masih belum cukup matang. Saya tak mahu bezakan dengan sesiapa. 

"Sekarang saya lebih memahami bahawa bukan semua perkara perlu diberikan reaksi serta-merta.

Hans dan Francisca bakal berkahwin pada Jun tahun depan.

Hans dan Francisca bakal berkahwin pada Jun tahun depan.

"Kalau ada sesuatu yang tidak kena, kita boleh bertenang dahulu dan berbincang nanti. Dulu waktu muda saya terlalu cepat memberikan reaksi dan kadangkala perkara itu tidak sihat untuk sesebuah persahabatan mahupun hubungan percintaan," katanya.

Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Hans memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong pada Jun tahun depan.

Menurut Hans, mereka sudah mengikat tali pertunangan di Paris, Perancis beberapa minggu lalu, namun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan.

Artikel Lain